Ruangan Penyelesaian Masalah

Sunday, August 2, 2009

TARBIYYAH: USRAH 1 PERMULAAN

Tarbiyah merupakan aspek terpenting bagi sesebuah gerakan Islam tidak kirala apa jua nama gerakan tersebut. Tanpanya, kedudukan ahli-ahlinya bagaikan tidak terarah ke arah satu matlamat yang telah menjadi dasar dalam perjuangan. Allah matlamat hidup. rasulullah sebagai suri teladan dan ikutan, Al- Quran sebagai perlembagaan, jihad adalah cara hidup dan mati di halan Allah cita-cita paling tinggi dalam kehidupan ahli-ahli gerakan Islam.

Justeru, mekanisme terpenting yang harus ada dalam menjayakan misi pelaksanaan tarbiyah adalah memalui usrah. Usrah yang dijalankan hendaklah mempunyai beberapa objektif. Antaranya ialah;

  1. Memperkukuhkan kefahamn ahli terhadap gerakan Islam
  2. Menggerakkan kesedaran ahli supaya lebih komited dalam perjuangan
  3. Memantap dan memperkayakan fikrah ahli dalam bidang2 ilmu
  4. Menekankan dari sudut pembinaan akhlak dan ibadah
  5. Mengembangkan potensi ahli supaya dapat berperanan secara optimum dalam bidang yang disertai

Kesemua ini perlu difahami dan digarap dengan serius jika kita mengaku bukan sahaja sebgai ahli gerakan malah sebagai orang Islam yamg menjadi khalifah Allah di muka bumi.

Antara agenda penting yang perlu diberi penekanan sepanjang usrah adalah;

  • Melazimi pembacaan Al-Quran dan tafsir dalam kalangan ahli usrah
  • Mengadakn ifthar dan qiammullail jamaie
  • Membincangkan buku-buku dan kertas-kertas kerja pilihan
  • Menyenarai dan membincangkan ayat-ayat Al-Quran dan hadith dalam bidang-bidang tertentu seperti akidah, jihad, dakwah dan sebagainya.
  • Mengulas isu-isu tempatan, nasinal dan antarabangsa
  • Memberi kritikan terhadap filem-filem tempatan dan antarabangsa
  • Memberi latihan dalam mengendalikan usrah seperti pengerusi dan pentazkirah
  • Mengadakan sesi perkongsian dan luahan masalah

Tarbiyah lain yang diperlukan bagi setiap ahli;

  1. Tarbiyah Ruhiyah: iaitu menjana satu program berbentuk kerohanian seperti qiyammullail sesama ahli yang boleh dilakukan di surau, masjid, rumah-rumah ahli secra bergilir, bagi melahirkan keseimbangan jasmani dan rohani dalam menghadapi kepelbagaian tekanan dan tribulasi hidup
  2. Tarbiyah jasadiah: mengadakan sukan bersama dengan memelihara akhlak seperti berseluar panjang dan diadakan pada waktu-waktu yang sesuai hingga tidak menghalang ahli untuk bersolat jemaah di masjid atau surau. kemudia, mengadakan tazkirah ringkas yang berhubung dengan konsep sukan menurut kacamata Islam
  3. Tarbiyah Aqliyyah: ia lebih kepada kemampuan cara berfikir ahli yang dilatih tubi untuk menyelesaikan masalah umat Islam dan manusia sejagat seperti penyelesaian kepada virus H1N1, kesan dan risiko kepada manusia.
  4. Tarbiyah jihadiyah: Memahamkan ahli kepada kesungguhan dalam beramal, berdakwah, menjadi rujukan masyarakat, dalam pelbagai bentuk dan pendekatan.
  5. Tarbiyah Imaniyah: mendidik ahli agar memiliki keimanan yang teguh, padu dan jitu dengan menjauhi segala perkara yang melibatkan bidaah, tahyul. kurafat, syirik dan penentangan terhadap hukum2 Allah secara terang di samping memperkukuhkan kefahaman aqidah ahli sunnah wal jamaah.
  6. Tarbiyah Akhlakiyah: Setiap ahli disaran agar memelihara akhlak terutama akhlak terhadap Allah, Rasul, Al-Quran, sunnah Rasulullah dan adab2 yang lain
  7. Tarbiyah Ilmiyah: Merekrutkan ahli dengan segala bentuk bahan ilmu yang diperlukan

" Dan sungguh, Allah telah mengambil perjanjian dari Bani Israel dan Kami telah mengangkat dua belas orang pemimpin di antara mereka. Dan Allah berfirman, " Aku bersamamu." Sungguh, jika kamu melaksanakan solat serta beriman kepada rasul-rasulku dan kamu bantu mereka dan kamu pinjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, pasti akan Aku hapus kesalahan-kesalahanmu, dan pasti aku akan masukkan ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Tetapi barangsiapa kafir di antara kamu setelah itu, maka sesungguhnya dia telah tersesat dari jalan yang lurus." (Al-Maidah:12)

No comments:

Post a Comment