Monday, July 27, 2009
Pengisian Diri Kita
"Barangsiapa yang ingin mudah mengingati ilmu yang dipelajarinya, maka dalah wajar baginya membiasakan atau melazimi 5 perkara.
1. Mendirikan solat malam (qiyamullail) meskipun hanya 2 rakaat.
2. Senantiasa dalam keadaan berwudhuk.
3. Senantiasa bertaqwa kepada Allah s.w.t. sama ada ketika berada di khalayak ramai atau seorang diri.
4. Mengambil makanan sekadar untuk beribadah iaitu sekadar untuk menguatkan diri beribadah kepada-Nya.
5. Senantiasa membersihkan mulut."
Sunday, July 19, 2009
Jemputan ke Malam Iftitah Perjuangan
MALAM IFTITAH PERJUANGAN (MIP)
Tarikh : 20 Julai 2009
Masa : 8.30 pm-11.00 pm
Tempat : EDU Ground Floor
Objektif program :
- Mengeratkan ukhwah di antara ahli-ahli baru dan ahli-ahli lama
- Meraikan kemasukan adik-adik dari Pusat Asasi ke UIAM
- Memperkasa kaderisasi PKPIM UIAM
Semua ahli dari Badan Gabungan Negeri (BGN), MPBF dan Generasi juga dijemput hadir..
Monday, July 13, 2009
JEMPUTAN KE BENGKEL KESELAMATAN DIRI REMAJA 2009
apa khabar sahabat2 HEWI sekalian?
moga sahabat semua sihat2 dan ceria2 selalu..;-)
sahabat2 semua dijemput untuk menyertai Bengkel Keselamatan Diri Remaja 2009.
Berikut adalah maklumat program:
Program : BENGKEL KESELAMATAN DIRI REMAJA 2OO9 ~ BESTARI'09
Tarikh : 17 Julai - 19 Julai 2009
Tempat: Kolej Darul Hikmah
Bayaran: RM 5 sahaja
Anjuran: Majlis Hal Ehwal Siswi PKPIM Pusat
Bengkel kali ini amat penting bagi mengenal pasti kelemahan dan mencari alternatif yang terbaik bagi memantapkan lagi Majlis Hewi di masa akan datang.
Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi Saudari Sakinah : 0732124590.
Sekian. Wassalam.
HIDUP BIAR BERJASA!
Sunday, July 12, 2009
Friday, July 10, 2009

Teringat saya satu pepatah arab; air yang tenang lama-kelaman akan menjadi rosak.Begitulah juga hati yang hidup menggerakkan potensi yang ada pada diri seseorang. Sebaliknya, hati yang mati membunuh segala bakat dan potensi diri. Sesuatu umat hanya boleh dibangunkan dengan menggerakkan potensi dirinya serta mengarahkannya kepada pembangunan. Begitulah Rasulullah membangunkan agama-Nya, dengan menggerakkan hati para sahabat dengan penghayatan Islam yang syumul.
Hati yang hidup adalah hati yang subur dan bersedia untuk mendengar, melihat dan menerima kebenaran.
Hati yang hidup begini mempunyai nur, tenaga dan kekuatan. Ia sentiasa tunduk dan patuh kepada Allah dengan penuh khusyuk, takwa serta kasih dan simpati kepada sesama makhluk.
Hati yang dihidupkan dengan al-Quran bersedia mematuhi segala perintah syarak.
Dengan mematuhi segala perintah syarak barulah kehidupan manusia akan sempurna. Bukankah Allah berfirman bermaksud: “Sesungguhnya al-Quran ini membimbing ke jalan yang lurus (benar).” (Surah al-Isra’, ayat 9).
Maka untuk menghidupkan hati dengan al-Quran, kita memerlukan beberapa syarat:
Pertama, al-Quran hendaklah dibaca dengan tenang dan khusyuk, dalam keadaan bersunyi diri (berkhalwah), terutama pada waktu tengah malam atau fajar (Subuh).
Allah berfirman bermaksud: “Sesungguhnya membaca al-Quran pada waktu fajar (Subuh) itu disaksikan malaikat.” (Surah al-Isra’, ayat 78).
Kedua, membaca al-Quran dengan pengamatan maknanya seperti yang dijelaskan dalam firman Allah bermaksud: “Tidakkah mereka merenungi (tadabur) al-Quran itu?” (Surah Muhammad, ayat 24).
Pembacaan yang disertai dengan renungan dan pengamatan sedemikian akan membuka pintu hati seseorang untuk menerima kebenaran yang terkandung dalam al-Quran.
Dengan itu hati dapat mengenal kebenaran dengan mudah dan mencintainya. Nilai kebenaran dan kebaikan akan tumbuh subur dalam jiwanya. Lantas ia menyukai kedua-keduanya, tetapi membenci dan menentang kebatilan dan kejahatan.
Ketiga, sentiasa bersikap bersedia untuk menerima kebenaran al-Quran sebelum membaca atau mendengarnya.
Manusia sering dikuasai oleh hawa nafsunya. Segala keinginan dunia (hingga membawa kepada kegilaan) adalah dinding (hijab) tebal yang menutup hati seseorang itu sehingga menyebabkan enggan menerima hidayah Allah melalui al-Quran.
Keempat, merealisasikan kehambaan (’ubudiyyah) diri sewaktu membaca al-Quran.
Perasaan ini akan dapat menimbulkan keazaman untuk merealisasikan segala ajaran al-Quran yang dibaca itu dalam kehidupan. Ini semata-mata untuk mendapatkan keredaan Allah.
Wednesday, July 8, 2009
Mengingatkan apa yang terlupa...

Fitrah manusia mudah lupa. Malah perkataan insan itu sendiri berasal dari perkataan nasia yang bermaksud lupa. Atas sebab itulah manusia memerlukan kepada tazkirah dan nasihat yang tujuannya untuk ingat-mengingatkan sesama manusia apa yang mereka lupa. Ingat-mengingati dan nasihat-menasihati diumpamakan sebagai hadiah yang diberikan kepada orang yang dikasihi sebagai tanda sayang.
Manusia sering terlupa kepada mati. Manusia sering terlupa yang masa sedang berlalu. Manusia sering terlupa yang dunia hanya persinggahan semata. Manusia sering terlupa janji Allah kepada hambaNya di akhirat kelak. Manusia sering lupa yang kenikmatan dunia ini adalah pinjaman Allah swt semata. Manusia sering lupa kewajipannya sebagai hamba Allah swt. Manusia sering juga terlupa yang fitrahnya adalah pelupa hinggakan mereka tidak berusaha untuk mengingati apa yang mungkin mereka terlupa. Kita sebagai manusia, adakah kita juga begitu? Melupakan sesuatu yang tidak sepatutnya dilupakan?
Memang manusia fitrahnya pelupa. Tetapi, itu tak bermakna manusia harus terus biarkan diri mereka melupakan sesuatu yang tak sewajarnya dilupakan. Kita perlu punya inisiatif untuk mengingatkan diri apa yang kita mungkin lupa serta menguatkan ingatan terhadap apa yang mesti diingati setiap masa. Kita perlu mengingatkan diri kita sendiri serta orang di sekeliling kita.
22- 26 November 2009 : IYEP3 Interciviliztional Youth Engagement Programme
To: ppiwp@yahoogroups.com
Sent: Saturday, July 4, 2009 1:12:42 PM
Subject: [ppiwp] 22- 26 November 2009 : IYEP3 Interciviliztional Youth Engagement Programme
Dearest Friends,
We're pleased to announce that applications for JUST's annual Inter-civilizationa l Youth Engagement Program (IYEP3) are now open and we would like to invite members of your organization to apply for this year's conference which is themed, "Ethics and the Global Economic Crisis: Pointers for the Future". This 5 day event will be held in Kuala Lumpur and aims to bring together young people from diverse nationalities, faiths and experiences to reflect upon the economic challenges we are facing and their visions for the future.
The dates for the conference will be 22- 26 November 2009 and the closing date for applications is 31 August 2009. We will be covering all costs for within the conference including material, accommodation and food. For more details, kindly refer to the attachments.
We sincerely hope you will share this opportunity with your members and we look forward to reading their applications.
Warmest regards,
IYEP3 Organizing Committee,
International Movement for a Just World
www.just-internatio nal.org
**sila hubungi A.DAT : 016-2515868 untuk maklumat lanjut/penyertaan
SELAMAT DATANG KE UIAM GOMBAK!
Tuesday, July 7, 2009
Berehat sebentar....
.gif)
Sedang dia terhendap2 di dalam semak, tiba2 dia berlanggar dengan seekor HARIMAU yang sedang lena tidur. Dia begitu terkejut sehingga senapangnya tercampak lalu tergelungsur ke dalam jurang.
Dia pula tergolek ke arah lain, jatuh ke atas batu dan
KRAKKKK! Kedua2 kakinya patah. Jangan risau .. ini bukanlah berita buruk ok. Ada lagi ..
Berita buruknya adalah HARIMAU tadi terus menghambatnya, sedangkan dia dah tak boleh bergerak lagi. "Ya Allah," doa lelaki tersebut, "Ampunilah dosaku kerana ponteng sembahyang jumaat berjemaah pada hari Jumaat yang mulia ini .. Ampunilah aku ya Allah ..makbulkan hajat ku ini .. jadikanlah HARIMAU yang memburuku HARIMAU yang beriman .. tolong ya Allah! Aminnn.." Tiba2 guruh berdentum! HARIMAU tadi tiba2 terhenti betul2 di hadapan lelaki tadi. Tiba-tiba... . cuba teka apa yang terjadi..... adakah lelaki tersebut selamat ???????
ini jawapannya.. .
???
???
???
???
???
???
Sambil menadah kedua2 kaki depannya ke langit .. HARIMAU tersebut pun berdoa, "Allahumma barik lana, fima razaktana, wa qina azzabbannar. Amin! "
ketawa..2... ketawa gak...yang pentingnya pengajaran tu sampai pada kita...INSYALLAH...
Susahnye nk istiqamah.....

Oleh: Lily_mawar
www.topix.com
Ramai yang tahu dan mahu melakukan kebaikan. Sayangnya, selalu gagal untuk melaksanakannya. Ramai yang tidak mahu melakukan kejahatan tapi sering terdorong melakukannya. Mengapa?
Kita seolah-olah hilang kuasa untuk mengawal diri kita sendiri. Semacam ada kuasa yang lebih kuat dalam membentuk dan mengendalikan diri kita ini. Ya, kita sebenarnya sentiasa diburu malah dibelenggu oleh 2 musuh yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan. Musuh itu ialah syaitan dan hawa nafsu. Bagaimana kita hendak mengalahkan 2 musuh ini demi mengembalikan pimpinan diri kepada diri sendiri?
Samalah dengan berdepan dengan musuh yang zahir, tidak ada jalan lain melainkan ‘berperang’ dengannya. Cuma berperang dengan musuh batin berbeza dengan musuh zahir, justeru musuh zahir dapat dilihat dan tipu dayanya dapat dinilai dengan akal dan mata.
Tegasnya, musuh zahir agak lebih mudah didekati daripada musuh batin. Perang melawan musuh batin khususnya hawa nafsu dan syaitan ini dinamakan mujahadah. Ia adalah peperangan yang jauh lebih hebat dari peperangan zahir. Mengapa dikatakan demikian?
Ini kerana medan peperangan kedua-dua musuh ini berlaku dalam diri kita. Serangan, tikaman dan ledakannya berlaku dalam diri kita. Walaupun tidak kedengaran dentumannya tetapi bisanya lebih berkesan. Justeru, ramai manusia yang mampu mengalahkan musuh zahir tetapi gagal mengalahkan hawa nafsunya sendiri.
Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang maksudnya, mereka yang gagah bukanlah mereka yang dapat mengalahkan musuh zahirnya, tetapi adalah mereka yang dapat mengawal kemarahannya.Namun bukan mudah mengawal kemarahan justeru kemarahan adalah sifat buruk yang didalangi syaitan.
Syaitan adalah makhluk yang paling derhaka dan paling banyak menipu daya manusia. Bahkan sangat sedikit manusia yang berjaya mengatasi tipu dayanya. Dalam Al-Quran Allah menjamin orang yang tidak dapat ditipu daya oleh syaitan ialah mereka yang ikhlas.
Begitu juga dengan hawa nafsu, bukan mudah hendak dilawan kehendak dan hasutannya. Ini kerana nafsu itu adalah sebahagian daripada diri kita sendiri.
Bermujahadah melawan nafsu bererti berperang dengan diri kita sendiri. Apa yang di sukai oleh hawa nafsu akan disukai oleh diri kita sendiri. Hanya dengan ilmu yang tepat sahaja kita dapat menilai apakah kehendak itu baik atau jahat. Namun setakat tahu buruk atau baiknya belum cukup untuk kita mampu melaksanakan atau meninggalkan. Kita perlu bermujahadah dan terus bermujahadah. Ramai manusia yang tahu tapi tidak mahu.
Dan ramai juga manusia yang mahu tapi tidak mampu.Syaitan tidak pernah tidur. Begitu juga nafsu, musuh yang tidak pernah tahu erti lesu. Sedikit sahaja kita terleka, pasti kita di tipu dan dihasutnya.
Bukankah manusia sebaik Nabi Adam pun boleh ditipu oleh iblis hingga terkeluar dari syurga? Oleh kerana kedua-dua musuh itu tidak pernah berehat dari menyerang kita, maka kita sewajarnya tidak berehat untuk mempertahankan diri. Bermujahadah tidak boleh bermusim atau mengikut ‘mood’.
Ia adalah satu perjuangan yang tidak henti-henti hinggal malaikat maut mencabut nyawa kita. Malah, hingga ke saat nyawa kita hendak bercerai dari jasad pun, syaitan terus berusaha menipu daya kita. Bahkan pada saat itu, tipu dayanya lebih dahsyat kerana itulah peluang terakhir untuk menyesatkan manusia agar mati dalam keadaan tidak beriman.
Setiap dosa yang kita buat kerana termakan hasutan syaitan adalah umpama titik hitam pada hati. Makin banyak kita berdosa, makin gelaplah hati. Bayangkan kalau kita bermujahadah sekali sekala…. ia umpama mencuci pakaian yang sangat kotor sekali sekala.
Sudahlah jarang di cuci, kotoran yang terpalit makin banyak hari demi hari. Begitulah hati, jika malas ‘dibasuh’ dengan mujahadah, maka akan bertambah kotorlah ia hingga payah hendak dibersihkan lagi. Oleh itu, satu prinsip asas dalam bermujahadah ialah istiqamah. Yakni konsisten, terus menerus dan berkesinambungan dalam ‘peperangan’ dengan syaitan dan hawa nafsu. Jika kita hanya bermujahadah tapi tidak istiqamah, maka mujahadah itu tidak akan memberi kesan.Istiqamah adalah sifat terpuji sama seperti mujahadah.
Malah kedua-duanya merupakan gandingan mantap dalam setiap diri yang ingin menuju Allah.Istiqamah dari segi bahasa adalah tegak lurus. Yakni berdiri teguh di jalan yang lurus, berpegang pada akidah yang tepat dan melaksanakan syariat dengan tekun serta berakhlak baik secara konsisiten.
Mengapa perlu bermujahadah ?
Menurut pandangan ulamak Sufi seperti yang dinukilkan oleh al-Marhum Sa’id Hawwa, gabungan antara ruh dan jasad akan melahirkan al-nafs. Ruh kita memang telah berbai’ah sedari awal untuk memastikan ubudiyyah mutlak kepada Allah. Akan tetapi gabungan dengan jasad menyebabkan berlakunya banyak gangguan kepada manusia, antaranya dorongan untuk melakukan/mengulangi dosa. Justeru, kita perlu bermujahadah untuk melawan dorongan jahat tersebut.
Di dalam kitab Tarbiyatuna al-Ruhiyyah, al-Marhum Sa’id Hawwa mencadangkan empat rukun mujahadah, seperti berikut:
1. Senyap - kurang bercakap, melainkan zikir dan perkara kebaikan.
2. Berlapar - kurangkan makan. Banyak makan akan melebarkan ruang/rongga syaitan yang masuk ke badan manusia melalui saluran darah.
Moga kita semua mendapat peringatan dan inayah dari Allah.