Ruangan Penyelesaian Masalah

Monday, June 15, 2009

Adab-adab Dalam Persahabatan

USRAH 1

Tarikh : 25 April 2009
Venue : Musolla Asma',Uiam Gombak








Pengenalan:


Di dalam menjalinkan hubungan silatulrahim dan persahabatan, selain sifat harga menghargai, kejujuran juga amat penting kerana sahabat yang paling menguntungkan adalah seorang sahabat yang jujur, suka berterus terang dan tidak menyembunyikan sesuatu dari anda, apatah lagi perkara itu boleh membawa keburukan kepada diri anda. Dalam Islam memang dituntut setiap orang itu memuliakan saudaranya, lebih dari dirinya sendiri. Begitu jugalah dengan kepentingan diri anda sendiri.


Hadis-hadis mengenai persahabatan:

Perkara Yang Mengeratkan Persahabatan Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:

Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu

1) memberi salam apabila bertemu dengannya

2) menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis

3) panggilah ia dengan nama yangpaling disenanginya.



Huraian

i) Kita hendaklah sentiasa mempamerkan keperibadian seorang muslim dalam setiap pergaulan kerana ia merupakan aset penting bagi kejayaan diri sertaorganisasi yang dipimpin.


ii) Tutur kata yang baik, beradab dan dipenuhi unsur-unsur keikhlasan akan memberikan motivasi yang paling berkesan kepada setiap individu dalam masyarakat sekeliling sehingga membentuk kualiti ummah yang terbaik dan menjadi contoh kepada yang lain.


iii) Jika kita mahu dihormati maka kita hendaklah terlebih dahulu menghormati orang lain sama ada dengan mengucapkan salam, bersikap peramah dan mengutamakan keperluannya. Ini dengan sendirinya akan menerbitkan perasaan hormat orang itu terhadap kita dan seterusnyamenimbulkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain.



Larangan Dalam Persahabatan: Hadis ke 35


Terjemah hadits / ________ :_


Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu dia berkata :
Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa sallam bersabda : Janganlah
kalian saling dengki, saling menipu, saling marah dan saling memutuskan hubungan. Dan janganlah kalian
menjual sesuatu yang telah dijual kepada orang lain.
Jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara. .
Seorang muslim adalah saudara bagi muslim yang lainnya,
(dia) tidak menzaliminya dan mengabaikannya, tidak
mendustakannya dan tidak menghinanya. Taqwa itu disini
(seraya menunjuk dadanya sebanyak tiga kali-). Cukuplah
seorang muslim dikatakan buruk jika dia menghina
saudaranya yang muslim . Setiap muslim atas muslim yang
lain; haram darahnya, hartanya dan kehormatannya “
(Riwayat Muslim)

Pelajaran yang terdapat dalam hadits / _______________ :
1. Larangan untuk saling dengki .

2. Larangan untuk berbuat keji dan menipu dalam urusan jual beli.

3. Diharamkan untuk memutuskan hubungan terhadapmuslim. Sebaliknya harus dijaga persaudaraan danhak-haknya karena Allah ta’ala.

4. Islam bukan hanya aqidah dan ibadah saja, tetapi juga
didalamnya terdapat urusan akhlak dan muamalah.

5. Hati merupakan sumber rasa takut kepada Allah ta’ala.

6. Taqwa merupakan barometer keutamaan dan
timbangan seseorang.

7. Islam memerangi semua akhlak tercela karena hal
tersebut berpengaruh negatif dalam masyarakat Islam.
Tema-tema hadits / ____________ :
1. Menciptakan pergaulan yang baik dan harmonis : 49 :
10
2. Realisasi ukhuwah Islamiyah : 9 : 71
3. Barometer kehidupan; Taqwa : 49 : 13
4. Dihormatinya hak dan martabat seorang muslim: 5 : 32,
22 : 30

No comments:

Post a Comment