Photobucket

Ruangan Penyelesaian Masalah

Tuesday, March 16, 2010

MALAM SIMFONI GEN5

Assalamualaikum w.b.t sahabat-sahabat yang disayangi..
Indahnya Hidup berTuhan..
Jemputan ke Malam Simfoni GEN 5
Tarikh dan Hari: 21 Mac 2010 Ahad
Masa: 8.30 malam
Bayaran: RM2
Tempat: EDU LR 4, UIAM Gombak
Tema: Kuning, Coklat dan Sopan
Matlamat:
1.Mengeratkan ukhuwwah antara generasi 5 dengan sahabat-sahabat PKPIM.
2.Meraikan pimpinan baru dan lama generasi5 PKPIM.
3.Menyemai rasa cinta akan ukhuwwah fillah kepada semua ahli generasi 5.
Marilah kita bersama-sama memeriahkan dan menjemput lebih ramai kawan2 ke majlis ini..
Sebarang Masalah Boleh Hubungi
Anuar 013-3084064 @ Hanim 013-3082534
Ukhuwwah Fillah Abadan Abada.

Friday, February 19, 2010

TAMRIN QIYADIY PKPIM UIAM GOMBAK

JEMPUTAN MENGIKUTI TAMRIN QIYADIY PKPIM-UIAM Gombak

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi dan selawat sejahtera ke atas junjungan mulia, Nabi Muhammad s.a.w.

InsyaAllah, dijemput kepada semua ahli GEN5 PKPIM UIAM GOMBAK untuk mengikuti
Tamrin Qiyadiy.

Maklumat:

Tarikh: 19-21 Februari 2010
Tempat: The Wood Camp, Hulu Yam, Selangor
Bayaran: RM25.00


Sila berhubung dengan:
Syazwan 013-3333272
Kak Naheed 013-2388408


Shukran atas segala sumbangan anda..
Selamat Bertamrin..

Sunday, February 7, 2010

PANDANGAN TOKOH KITA

Dato’ Dr. Siddiq Fadzil
Presiden
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)


Selama berabad-abad negara Malaysia (dan sebelumnya Tanah Melayu) yang terbentuk daripada gabungan Negeri-Negeri Melayu (Malay States) ini durujuk sebagai model negara berbilang kaum dan agama yang rukun, harmonis dan penuh tolerasi. Kejayaan mencipta kerukunan hidup antara agama adalah suatu prestasi ketamadunan dan kemanusiaan yang tidak ternilai. Faktor kunci kejayaan ini tidak lain adalah sikap ramah bangsa Melayu-Muslim yang menjadi golongan majoriti dan sekaligus “tuan rumah”. Keramahan luar biasa yang memang menjadi watak bangsa inilah yang memungkinkan penganut pelbagai agama (Kristian, Hindu, Buddha dan lain-lain) di negara ini menikmati kebebasan dan keselesaan mengamalkan agama masing-masing tanpa gangguan. Selama ini kerukunan hidup sedemikian itu dapat dipertahankan kerana adanya sikap menghargai keramahan (Melayu-Muslim) tersebut, di samping adanya rasa hormat terhadap kedudukan istimewa agama Islam sebagai agama Persekutuan, juga kerana adanya kesedaran terhadap realiti kesejarahan dan kebudayaan negara ini. Memang dalam sejarahnya Negeri-Negeri Melayu adalah bahagian daripada warga rumpun besar Dar al-Islam. Kesedaran tentang hakikat-hakikat inilah yang melatari keharmonian hubungan antara kaum dan agama selama ini. Justeru, kesedaran tersebutlah yang membentuk sikap saling memahami dan menghormati batas dan sempadan daerah keagamaan masing-masing. Kaum bukan Muslim umumnya cukup memahami daerah sensitiviti masyarakat Melayu-Muslim, dan demikian pula sebaliknya. Kerana itu hal-hal yang berkaitan dengan kedudukan Melayu dan Islam biasanya tidak diusek atau diganggu.

Ketegangan di sekitar isu pemakaian kalimat Allah ketika ini adalah akibat kegagalan menghayati tradisi menjaga sensitiviti umat Melayu-Islam. Mereka yang berkeras mahu menggunakan kalimat Allah dalam konteks agama Katolik bukan tidak tahu tentang keberatan umat Islam terhadap tuntutan mereka. Sikap tersebut tidak lain adalah gejala hilangnya kepedulian terhadap perasaan dan pendirian orang lain. Seharusnya mereka berusaha untuk cuba memahami keberatan umat Melayu-Muslim terhadap pemakaian nama Allah dalam konteks agama selain Islam.

Bagi umat Islam Allah adalah di atas segala-gala. Demikianlah hakikatnya, Allah selamanya merupakan ultimate concern bagi kaum Muslimin. Syahadat pertama keislaman mereka adalah kesaksian tentang hakikat ketiadaan tuhan selain Allah (Yang Maha Esa). Hanya Dia yang bernama Allah, nama yang dipilih sendiri oleh Allah khusus untuk diri-Nya, tidak siapa pun boleh memakainya selain Allah sendiri. Ia adalah al-Ism al-A`zam, Nama Agung bagi Dhat yang wajib al-wujud. Ia adalah nama yang merujuk Dhat yang meliputi seluruh sifat ketuhanan. Sebagai nama khusus-Nya, ia berbeza daripada nama-nama-Nya yang lain seperti al-Qadir, al-`Alim, al-Rahim yang boleh dipakai oleh yang lain-lain. Kerana kekhususannya itu jugalah nama-nama-Nya yang lain itu dinisbahkan kepada nama Allah lalu disebut asma’u ‘Llah (nama-nama Allah). Al-Sabur, al-Shakur, al-Qadir misalnya disebut sebagai nama-nama Allah, tetapi tidak boleh disebut sebaliknya, Allah adalah nama al-Shakur atau al-Sabur. Demikianlah hakikat kalimat Allah sebagai nama khas (`alam) yang tidak dipakai untuk selain-Nya.

Allah bukan nama am yang siapa sahaja boleh memakainya, dan bukan juga kata umum tanpa makna dan definisi tertentu sehingga siapa sahaja boleh memaknainya. Andainya kalimat Allah dimaknai lain daripada makna dan definisi hakikinya, jelas akan menimbulkan kekacauan semantik yang serius. Bagi umat Melayu-Muslim sejak mula kalimat Allah sudah sedia terpadu dengan definisi yang mantap dan muktamad, definisi yang diungkapkan oleh Allah sendiri dalam surah al-Ikhlas, Katakanlah: Dia-lah Allah, Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia.”. Penurunan surah tersebut dilatari peristiwa kedatangan sekumpulan orang Yahudi meminta Nabi s.`a.w. memberikan pemerian tentang Tuhannya. Kerana itu surah ini bermula dengan kata Qul (Katakan) yang kemudian diikuti dengan ayat-ayat yang mengandungi rumusan definisi tentang Allah. Ternyata Allah adalah nama yang menyebatikan makna tauhidik, nama yang menolak syirik, dan sekaligus nama yang menafikan faham trinity (Tidak beranak dan tidak diperanakkan). Kerana itu surah ini disebut juga dengan nama Suratu ‘t-Tawhid. Memang ia adalah surah yang merumuskan faham tauhid yang semurni dan semutlaknya. Ayat-ayat dalam surah ini juga dengan jelas mengungkapkan makna bahawa Allah adalah “...a Personality”, bukan sekadar suatu konsep falsafi yang abstrak.

Surah al-Ikhlas adalah antara sekian banyak surah dan ayat al-Qur’an yang membawa mesej conceptual correction terhadap pemakaian nama Allah di kalangan masyarakat pra-Islam termasuk sebahagian suku-suku Arab jahiliah dan kaum Nasrani. Mereka memakai nama Allah dalam konteks faham syirik, termasuk faham al-tathlith atau trinity. Ayat-ayat korektif tersebut rata-rata membawakan makna dan nada ketidakrelaan Allah terhadap pemakaian nama-Nya dalam konteks yang menyimpang daripada prinsip kemurnian dan kemutlakan tauhid. Demikianlah kalimat dan nama Allah yang difahami oleh umat Melayu-Muslim umumnya, lalu bagaimana mungkin mereka yang saban hari membaca dan menghayati surah al-Tawhid akan dengan senang merelakan Nama Suci dan Agung ini dipakai dalam konteks faham syirik.

Sikap berkeras mahu menggunakan juga kalimat Allah (sekalipun dengan mengguris perasaan sebahagian besar umat Melayu-Muslim) menimbulkan tanda tanya, ada apa sebenarnya? Selama ini, sejak ratusan tahun, tanpa memakai nama Allah, para penganut Katolitik telah dapat mengamalkan agama mereka dengan leluasa. Ajaran Katolik dapat difahami oleh para penganutnya, malah telah dikembangkan tanpa masalah. Lalu kenapa sekarang isu ini dibangkitkan dan diperjuangkan dengan cara yang begitu provokatif. Mereka bukan tidak tahu betapa sensitif dan eksplosifnya isu ini. Mereka juga bukan tidak tahu bahawa isu ini menyentuh jantung ajaran agama Islam.

Rasanya wajar sekali kita merenung kata-kata Gopal Raj Kumar yang kami petik di bawah ini:

What Catholics appear to be seeking here is an extension to that form of racism that whatever non Malays and non Muslims wish to do in the name of religion has to be tolerated in the name of a half written constitution. Whilst at the same time arguing against everything that the Malays as a majority in a democracy do as wrong and racist.

Catholics must learn to reciprocate in kind to a people in whose country they have been treated with much reverence, dignity and respect over centuries. Malaysia although fundamentally a Muslim state has, advocated for and advanced Catholic (and other religious causes and purposes) without the let or hindrance of religious intolerance like that imposed on them by the Thais, Burmese, Philippines, Australians, Chinese and more recently the Swiss.

Much of the reason we are able to debate such issues and to read and write about it today it is often argued is the result of a good Catholic education. Wrong! It is equally the result of Malay Muslim generosity in allowing the propagation of the faith, its schools and other institutions to thrive and its tolerance of their values.

It is a pity that in return all that the Catholic church has to offer is an insult to the Malays and Malay Muslims in persuing such a worthless policy of provocation.

In a demonstration of its faith in its own credo of Good Christian Charity and goodwill, the Catholic Church ought to withdraw the ridiculous and provocative demand now legitimised by a flawed decision. It should demonstrate that it ought not to be allowed the sinister use of one Arabic word Allah which is clearly a thorn in the side of its Malay majority hosts.

The church may do so without any embarrassment to itself. On the contrary with one fell act of goodness and respect it would build a bridge of understanding likely to last forever as a monument to its credo, rather than for the blemishes in its record of insults, abuse, its betrayal to the colonials and the undermining of the cultural and religious sensitivities and heritage of Malaysia’s majority (http://takemon.wordpress.com/about/).


Isu ini seharusnya diselesaikan secepat dan sebijaksana mungkin. Semakin lama dipolemikkan, akan semakin panjang rentetan persoalannya. Sikap berkeras mahukan sesuatu yang jelas-jelas tidak dapat diberikan akan menimbulkan dugaan adanya agenda terselubung di balik tuntutan tersebut. Ia akan ditafsirkan sebagai strategi “lulus jarum, lulus kelindan”, selepas kalimat Allah akan banyak lagi istilah-istilah Islam yang dikatolikkan seperti kalimat syahadat, solat, zakat, haji dan lain-lain lagi. Isu ini akan memarakkan spekulasi bahawa ia adalah bahagian daripada agenda besar mendistorsikan Islam dengan memakai istilah-istilah Islam yang dirubah erti dan isinya. Masyarakat Islam akhirnya akan mengalami kekeliruan yang serius dan tidak lagi mengenal Islam yang murni. Lebih jauh lagi isu ini akan membangkitkan semula kenangan pedih masa lalu, zaman awal kedatangan penjajah Barat yang membawa agenda pengkristianan rakyat pribumi Melayu. Arkitek penjajahan Inggeris di rantau ini, S. Raffles tidak datang hanya untuk mengaut kekayaan, tetapi juga datang dengan misi dan cita-cita pengembangan Bible Society. Kegiatan menyebarkan agama Kristian di kalangan pribumi Melayu itu dilakukan atas nama “...cultivating the waste and barren soil of the native mind”. Usaha mengkristiankan orang Melayu telah dilakukan dengan bersungguh-sungguh, termasuk dengan menterjemahkan Bible ke dalam bahasa Melayu. Untuk itu mereka telah mendapatkan khidmat Abdullah Munsyi. Bagaimanapun orang Melayu berpegang kuat dengan Islam. Abdullah Munsyi yang terlibat dalam penterjemahan Bible mendapat gelar ejekan “Abdullah Paderi”.

Catatan tersebut seharusnya sudah menjadi “perkara masa lalu” yang sudah tidak relevan lagi dalam konteks semangat masa kini, era membina kesatuan dalam kepelbagaian. Provokasi-provokasi keagamaan sehausnya dihindari, dan tuntutan yang menjadi keberatan umat Melayu Islam ini harus dihentikan. Apa pun yang berlaku pada pemakaian kalimat Allah di luar Malaysia tidak semestinya relevan dengan masyarakat kita. Isu ini harus dilihat secara kontekstual. Realiti sejarah dan budaya Malaysia memang tidak memungkinkan pemakaian kalimat Allah di luar konteks keislaman. Fiqh kita mengambilkira `uruf ahl al-balad (budaya warga setempat). Antara yang harus menjadi pertimbangan utama dalam isu ini ialah mafsadah atau kesan buruknya yang perlu dihindari.

Tuesday, January 5, 2010

KALIMAH ALLAH

Assalamualaikum w.b.t
Jemputan ke
Perbincangan
ISU KALIMAH ALLAH: Hak Muslim atau Hak Semua
Oleh : Dr. Mohd Farid Mohd Shahran
Tempat: ADM LT4
Tarikh & Masa: 5 Januari 2010 8.30 malam

bersama-sama kita mengambil langkah selepas Mahkamah membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh orang kristian dalam Herald dan Bible..
ayuh, kita kuasai dahulu pengetahuan berkaitan isu ini..


Saturday, January 2, 2010

Tahun 2010

Salam Ceria...
Selamat tahun baru diucapkan kepada seluruh warga Gen 5 dan PKPIM. Semoga tahun baru ini akan menjadi lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya sama ada dari segi fizikal, mental dan rohani. Jadikan tahun 2010 sebagai pemangkin untuk terus mara ke hadapan seiring dengan mencapai keredaan Allah S.W.T.
Tahun baru, buku baru, azam baru...

*HIDUP BIAR BERJASA*

Rehlah Gen 5

Assalamualaikum kepada sahabat-sahabat Gen 5 dan siapa jua yang singgah ke blog kami...
Alhamdulillah, sekali lagi Allah telah memberi peluang dan kudrah pada kami untuk mengemas kini blog ini.. :)
Untuk pengetahuan semua, pada 11 Disember 2009 lepas, AJK Gen 5 telah mengadakan rehlah di Sungai Rumput yang disertai oleh ikhwah Gen 5. Tujuannya adalah untuk mengeratkan lagi ukhuwah antara kami yang sudah sekian lama tidak bertemu dan menghidupkan rasa kasih dan sayang antara kami dalam Jemaah.
Syukur kerana semuanya berjalan dengan lancar walaupun hujan.
Terima kasih di ucapkan kepada seluruh AJK dan ahli Gen 5 yang terlibat.
Tidak lupa juga terima kasih abang Wan Adha yang sudi meluangkan masa bersama kami dan menjaga kebajikan kami. :)

Thursday, December 17, 2009

AWAL MUHARRAM 1431 H

Selamat Tahun Baru Hijriah. Tanamkanlah tekad untuk menyegarkan ilmu bagi menyuburkan bakti. Dosa setahun dilupus ihsan ampunan Ghafur, kemuncak pahala didaki penuh luhur insani.

Saturday, September 12, 2009

Iftar Gen 5

Pada 7 September yang lepas, ahli jawatankuasa Generasi ke 5 telah mengadakan iftar jamaie di Edu TR8.

Aturcara majlis:
6.30 ptg: ketibaan ahli-ahli Gen5 dan tetamu jemputan
7.00 ptg: bacaan Al-mathurat
7.20 ptg: berbuka dengan air dan tamar
7.40 ptg: solat Maghrib berjemaah & tahlil
8.00 mlm: jamuan makan
8.30 mlm: solat isyak & terawih berjemaah
9.30 mlm: tazkirah & moreh
10.00mlm: bersurai

Alhamdulillah, majlis berjalan dengan jayanya. Terima kasih kepada ahli jawatankuasa dan ahli-ahli Gen 5 yang hadir. Semoga pertemuan ini mengeratkan lagi ukhwah sesama kita. Sama-sama menghayati bulan Ramadhan.


Bacaan Al-mathurat yang diketuai oleh Saudara Fazril


Tazkirah oleh Saudara Halim, Timbalan Amir PKPIM UIAM Gombak

Disediakan oleh:
G usrah, Generasi ke5

Saturday, August 22, 2009

PeRKheMaHaN GeNeRaSi MuRoBbi

AlhamduliLLAH..
Pada 24-26 Julai 2009 yang lalu telah diadakan Perkhemahan Generasi Murobbi anjuran PKPIM UIAM Gombak di The Woods Resort, Ulu Yam yang majoriti para pesertanya terdiri dari pelajar tahun pertama UIAM Gombak..pada awalnya,peserta muslimat semua dari UIAM Gombak dan peserta muslimin kesemuanya daripada IIC (International Islamic College)..pada hari kedua barulah peserta muslimin dari UIAM Gombak sampai..

Antara slot semasa program adalah slot ceramah bersama Abang Khaidir @ Dat (YDP PPIWP) selaku camp comandent,slot "Aqidah Seorang Hamba dan Khalifah" oleh Abg Rizal (ABIM), slot "Kepentingan Ilmu" oleh Abg Jufitri (ABIM), slot bersama exco pusat dan akhir sekali slot bersama Abg Hilmi (Presiden PKPIM)..Sewaktu riadah pagi dan petang pula yang diketuai Abg Dat antara modul yang dijalankan adalah "Belalang dan Belatuk"dan "Mencipta Replika Kapal Terbang" di mana para peserta perlu mencipta replika kapal terbang daripada apa jua bahan terpakai yang ada di sekeliling kawasan riadah..sidang plano (tradisi PKPIM) bertajuk 'Antara Belajar dan Berpersatuan,mana yang lebih penting?' turut diadakn pada sebelah petang hari kedua..pada tengah malam yang kedua diadakan 'Night Walk'..jika kebiasaanya mata peserta ditutup,kali ini tidak dan dibiarkan sahaja duduk bersendirian memuhasabah diri..pada hari terakhir sebelum berkemas dan pulang,semua peserta dibenarkan untuk mandi sungai..

Antara pengisian yang dapat dikongsi ialah..

Antara ciri-ciri murobbi mengikut Syed Abu Hamid Al-Bilal dalam kitab tulisan beliau Al-Musoffa min Sifaati Du'at:

1. Keteladanan yang baik
2. Lemah lembut
3. Sentiasa membersihkan hati (tazkiyatun nafs)
4. Berasa keberadaan ALLAH sentiasa dekat dengan diri (ALLAH x akan abaikan hidup kita,yaqinlah..)

Cabang kepada ciri yang pertama iaitu 'keteladanan yang baik' pula:

1. Meyakini fikrah
2. Akhlaq mulia
3. Percakapan selari dengan perbuatan,Dr Karim Zaidan-ahli Ikhwanul Muslimin (kamu baiki diri kamu dan ajak orang lain-ikhwanul muslimin)
4. Amal yang berterusan
5. Muhasabah diri
6. Menjauhi perkara mubah
7. Memeriksa dalil-dalil
8. Menuntut ilmu

Akhir sekali dari kami para peserta GEN5 yang mengikuti program tersebut :








disediakan oleh :
Islinda binti Ibrahim,
Bendahari GEN5

Thursday, August 20, 2009

::.Remembrance Of Al Quds.::


Assalamu'alaikum...

Tahun ini sehari sebelum kita semua menyambut Ramadhan (sekiranya ditaqdirkan Ramadhan jatuh pada 22hb ogos) ada satu tarikh bersejarah yang mungkin selama ni kita tak pernah tahu sewaktu kita sekolah dulu. Setiap 21 Ogos merupakan tarikh bersejarah yang perlu kita ingati dan ianya dinamakan sebagai Remembrance of al-Quds(ROQ).

Apa itu ROQ???

Pada 21 Ogos 1969, seorang lelaki berbangsa Australia bernama Dennis Michael telah membakar Masjid Al-Aqsa. Api menyala besar dan membakar tembok dan mimbarnya yang besar (mimbar Solahuddin). Api marak dengan dasyat sekali seolah-olah seluruh Masjidil Aqsa akan musnah ketika itu. Malah, pihak bomba juga tidak hadir menghulur bantuan. Tetapi Allah telah menyelamatkan Masjid Al-Aqsa dan melindunginya.

Akhirnya............ api dapat dipadamkan.Setelah itu orang-orang Yahudi membuat pengadilan pura-pura terhadap Dennis Michael. Michael mendakwa bahawa dia diutus Allah untuk melakukan pembakaran itu sesuai dengan berita dari Kitab Zakaria. Kemudian, Yahudi membebaskannya dengan mengatakan Michael ‘gila’.
Atas sebab itu, Michael tidak dapat dipertanggungjawabkan atas kejadian tersebut. Negeri-negeri Muslim seluruh dunia bangkit mempertahankan tempat suci mereka dan mengecam perbuatan keji terhadap Al-Aqsa.

Maka sejak itu 21 Ogos setiap tahun menjadi Hari Al-Quds sedunia.Episod duka Palestin ini, ditambah dengan penindasan dan kezaliman yang tidak henti hingga ke saat ini hakikatnya menuntut sokongan dan bantuan kita, seluruh lapisan Ummah—pemilik tanah Palestin yang sah.
Malah, 21 Ogos hadir setiap tahun mengingatkan kita bahawa sekiranya kita tidak mempertahankan tanah suci Palestin dan Masjidil Aqsa, kelak, kita bukan sahaja tidak dapat mempertahankannya daripada sekadar dibakar, malah dirampas terus keseluruhannya secara haram oleh Zionis Yahudi.
Justeru, bersempena Sambutan Memperingati Hari Al-Quds Sedunia tahun ini, adalah amat wajar untuk kita sama-sama mengajak masyarakat sekeliling memperingatinya, apatah lagi merencana langkah strategik, efektif dan praktikal yang boleh dilakukan dengan mengoptimakan kemahiran dan sumber yang ada demi menyumbang ke arah pembebasan Palestin.

Semoga usaha kerdil kita demi mewujudkan keadilan dan keamanan di bumi Palestin diberkatiNya. Islami Ya Quds!

Risalah Pergerakan Pemuda IslamMusthafa Muhammad Thahan14 Momen-Momen penting dalam Sejarah pp.209~

Tuesday, August 18, 2009

HAYATILAH BULAN RAMADHAN




RAMADHAN AL-MUBARAK



SELAMAT DATANG RAMADHAN..
ADAKAH ANDA BERSEDIA MENGHADAPI RAMADHAN..
SAHABAT,
ANGGAPLAH RAMADHAN KALI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR BUAT KITA.
SEMOGA KITA MENGINSAFI DIRI YANG HINA INI.
SEMOGA KITA BERSEDIA FIZIKAL DAN MENTAL DALAM MENGHADAPI RAMADHAN YANG BAKAL MENJELANG DALAM 4 HARI SAHAJA..
SAMA-SAMA KITA MEMPERTINGKAT AMALAN KITA
DALAM RAMADHAN KALI INI.
INSYA-ALLAH,
KEMENANGAN ITU SEDANG MENANTI DIHADAPAN KITA,
WALAUPUN TEKANAN SEMAKIN DAHSYAT DAN DERAS MENGHIMPIT KITA,
TETAPI INGATLAH BAHAWA SESUNGGUHNYA FAJAR MENTARI
PASTI TERBIT WALUPUN KEGELAPAN MASIH BERPANJANGAN.

WELCOMING RAMADHAN AL-MUBARAK

Ramadan is the ninth month of the Islamic Lunar calendar and the holiest of the four holy months. It begins with the sighting of the new moon after which all physically mature and healthy Muslims are obliged to abstain from all food, drink, gum chewing, any kind of tobacco use, and any kind of sexual contact between dawn and sunset. However, that is merely the physical component of the fast; the spiritual aspects of the fast include refraining from gossiping, lying, slandering and all traits of bad character. All obscene and irreligious sights and sounds are to be avoided. Purity of thought and action is paramount. Ordained in the Quran, the fast is an exacting act of deeply personal worship in which Muslims seek a raised level of God-consciousness. The act of fasting redirects the hearts away from worldly activities, towards The Divine.

The month of Ramadan is a time for spiritual reflection, prayer, doing good deeds and spending time with family and friends. The fasting is intended to help teach Muslims self-discipline, self-restraint and generosity. It also reminds them of the suffering of the poor, who may rarely get to eat well. It is common to have one meal (known as the Suhoor), just before sunrise and another (known as the Iftar), directly after sunset. This meal will commonly consist of dates, following the example of the Prophet Muhammad, peace be upon Him. Because Ramadan is a time to spend with friends and family, the fast will often be broken by different Muslim families coming together to share in an evening meal.

Ramadan derives from the Arabic root: ramida or ar-ramad, meaning scorching heat or dryness. Since Muslims are commanded to fast during the month of Ramadan, it is believed that the month's name may refer to the heat of thirst and hunger, or because fasting burns away one's past sins. Muslims believe that God began revealing the Qur'an to the Prophet Muhammad during Ramadan (in the year 610 C.E.). The Qur'an commands: "O ye who believe! Fasting is prescribed to you as it was prescribed to those before you, that ye may (learn) self-restraint...Ramadan is the (month) in which was sent down the Qur'an, as a guide to mankind, also clear (Signs) for guidance and judgment (between right and wrong). So every one of you who is present (at his home) during that month should spend it in fasting..." (Chapter 2, verses 183 and 185). Fasting during Ramadan did not become an obligation for Muslims until 624 C.E., at which point it became the third of the Five Pillars of Islam. The others are faith (Shahadah); prayer (Salah); charitable giving (Zakah); and the pilgrimage to Makkah (Hajj).

Another aspect of Ramadan is that it is believed that one of the last few odd-numbered nights of the month is the Laylat ul-Qadr, the "Night of Power" or "Night of Destiny." It is the holiest night of the holiest month; it is believed to be the night on which God first began revealing the Qur'an to the Prophet Muhammad through the angel Jibril (Gabriel). This is a time for especially fervent and devoted prayer, and the rewards and blessings associated with such are manifold. Muslims are told in the Qur'an that praying throughout this one night is better than a thousand months of prayer. No one knows exactly which night it is; it is one of God's mysteries. Additionally, Muslims are urged to read the entire Qur'an during the month of Ramadan, and its 114 chapters have been divided into 30 equal parts for this purpose.

When the first crescent of the new moon has been officially sighted by a reliable source, the month of Ramadan is declared over, and the month of Shawwal begins. The end of Ramadan is marked by a three-day period known as Eid ul-Fitr, the "Festival of Fast-breaking." It is a joyous time beginning with a special prayer, and accompanied by celebration, socializing, festive meals and sometimes very modest gift-giving, especially to children.

When Ramadan ends, Muslims give charity in a locally prescribed amount, calculated to feed one poor person in that region for one day. This is known as fitra, and is meant as another reminder of the suffering endured by many. Many Muslims also take this occasion to pay the annual alms which are due to the poor and needy, known as Zakah (2.5% of assets).

At the beginning of Ramadan, it is appropriate to wish Muslims "Ramadan Mubarak" which means "Blessed Ramadan." At its conclusion, you may say "Eid Mubarak.

Monday, August 17, 2009

Wanita ...kerana dirimu begitu berharga...:-)

Jom ramai2 datang ke

FORUM:
WANITA...KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA!

Brothers pun bole datang gak ke???
Boleh...kutiplah ilmu serba sedikit mengenai wanita, kerna kelak kalian bakal hidup bersama mereka.
Bila??
17 OGOS 2009 (ISNIN)

Masa??
8.30pm -11.00pm

Kat ner??
Mini Auditorium, UIA (Atas Babush)

Sape je ahli panelnyer???
Ustz Abd. Halim b. Din – Ketua Unit Da’wah, Lembaga Zakat Selangor
Pn. Rosmawati Zainal- Pengasas Rumah Raudatus Sakinah
Bro. Saiful Redza- Kaunselor UIA

Ada special gift x??
Ader... door gifts untuk 50 audiens yang dtg awal
& special gifts for all audiences.

Ada yuran??
X de...free aje!

Sape yang anjurkan nih??
Welfare & Information Bureau
Women Affairs Association (WAFA)

Wednesday, August 12, 2009

TEKA-TEKI IMAM AL-GHAZALI

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali = ' Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = ' Orang tua '
Murid 2 = ' Guru '
Murid 3 = ' Teman '
Murid 4 = ' Kaum kerabat '
Imam Ghazali = ' Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = ' Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Negeri Cina '
Murid 2 = ' Bulan '
Murid 3 = ' Matahari '
Murid 4 = ' Bintang-bintang '
Iman Ghazali = ' Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama'.

Iman Ghazali = ' Apa yang paling besar didunia ini ?'
Murid 1 = ' Gunung '
Murid 2 = ' Matahari '
Murid 3 = ' Bumi '
Imam Ghazali = ' Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.'

IMAM GHAZALI' Apa yang paling berat didunia? '
Murid 1 = ' Baja '
Murid 2 = ' Besi '
Murid 3 = ' Gajah '
Imam Ghazali = ' Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.'

Imam Ghazali = ' Apa yang paling ringan di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Kapas'
Murid 2 = ' Angin '
Murid 3 = ' Debu '
Murid 4 = ' Daun-daun'
Imam Ghazali = ' Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat '

Imam Ghazali = ' Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? '
Murid- Murid dengan serentak menjawab = ' Pedang '
Imam Ghazali = ' Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri '

'sampaikanlah walau satu ayat'..

Tuesday, August 11, 2009

PETUA IMAM SYAFIE




4 PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian
langit dan bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga
untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan
yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Dari Asma' Binti Abu Bakar ra, katanya dia datang kepada Rasulullah saw lantas baginda bersabda, "Janganlah engkau menahan-nahan (harta), maka Allah akan menahannya pula darimu. Kerana itu keluarkanlah harta itu menurut kesanggupanmu." Sahih Bukhari II, Kitab Zakat*

Kalau rajin.. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua.

Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

SAF KEPIMPINAN PKPIM PUSAT SESI 2009/2010

PENERAJU GENERASI BALDATUN TAYYIBATUN WA RABBUN GHAFUR DAN

GENERASI PENJANA TAMADUN KHAYRA UMMAH



PRESIDEN : MUHAMMAD FAISAL ABDUL AZIZ

TIMBALAN PRESIDEN : MOHD AKMAL AFIQ MOHAMAD

NAIB PERSIDEN KEBANGSAAN : HASNUL HANIFF HARUN

NAIB PRESIDEN ANTARABANGSA : ABU QASSIM NOR AZMI

NAIB PRESIDEN HEWI : NOR AKMARIAH ABDULLAH

SETIAUSAHA AGUNG : KHAIRUL ANUAR MUSA

BENDAHARI KEHORMAT : NUR SYAFAFWATI MOHD SHAHIMI



EXCO-EXCO :

Ahmad Fahmi Bin Mohd. Samsudin

Muhammad Safwan Bin Mohd. Noor Azmi

Azizan Bin Ajiji

Mohd. Shahril Effendi Bin Mohd. Yunus

Wan Mohd Wasif Wan Mohammad

Hafiz Hakimi Harun

Mohd Fazril Salleh

Mohd Shazni Abdullah

Sharifah Sumayyah Syed Malick

Nur Izzah Khanani Mohd Musleh

Lina Mursyidah Hamzah

Aemy Ilyani Md Zain

Fatin Nurmajdina Nordin

Siti Nur Sakinah Budiman

Sunday, August 2, 2009

MENYEMAI SEMANGAT JIHAD FISABILILLAH DI TAMAN ILMU DAN BUDI


Ukhuwwah, satu perkara yang penting. Namun, hal ini bukanlah segala-galanya dalam organisasi pelajar. Jadi, bagi kita merealisasikan misi dakwah kita fi rahmatan alamin. Kita perlu menyemai semangat ini. Hal ini disebabkan, Allah s.w.t menyintai akan seseorang yang mencintai seseorang yang lain dan bertolong bantu antara kita.

Bila kamu letih dan hilang semangat, Allah tahu betapa kamu telah mencuba sedaya upaya. Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan, Allah telah mengira titisan air matamu. Bila kamu rasa ketinggalan dan masa bagaikan meninggalkanmu, Allah masih lagi di sisi menemanimu meraduk setiap simpang-simpang hidup dunia ciptaan-Nya bersama-samamu.

Semoga, pertemuan kita pada Selasa 13 Syaaban 1430 H bersamaan 4 Ogos 2009 akan mempertemukan kita dari hati ke hati. Bagi mengekalkan kita dalam jihad fisabilillah.

Berjuang memang pahit, kerana Syurga itu manis..

Saahabatku,
Andai kau tahu
betapa besarnya pahala memikirkan,
merancang, menyusun dan membantu Agama Islam.
Nescya kau tidak akan tinggalkan tugas jihad ini walau sesaat..
Andai kau tahu
betapa azabnya meninggalkan tugas amar makruf
dan nahi munkar serta melaksanakan tugas khalifah.
Maka pasti dikau menghargai sesaat pemberian Ilahi..
Andai kau tahu
betapa tingginya nilai PERSAHABTAN
atas dasar AQIDAH ISLAMIYYAH.
Nescaya dikau berusaha mempertautkannya
dan menutup lubang-lubang perosak mahabbah..

SALAM UKHUWWAH

SELAMAT DATANG KE MALAM SIMFONI GEN5 2009